Ibu Maut Ditikam Anak Kandung


Maklumat Semasa - Nyawa seorang ibu berakhir di tangan anak kandungnya apabila dia ditikam menggunakan pisau di kediamannya di Taman Langat Utama, Kampung RTB Bukit Changgang di sini, hari ini.

Mangsa, Mar­dziah Muhamad Yusof, 50, maut di bahagian dapur rumahnya setelah mengalami kece­deraan di bahagian kepala setelah ditikam anak keenam daripada 10 beradik berusia 20 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah, De­puti Superintenden Kamalariffin Aman Shah berkata, kejadian disedari suami mangsa dan anaknya berusia 12 tahun pada pukul 2.10 petang yang baru pulang daripada menunaikan solat Jumaat.

Kisah Benar: Berhati-Hatilah Apabila Melawat Orang Meninggal Dunia..Tahu Kenapa?

Menurutnya, sebaik dua beranak itu tiba dirumah, suspek terus berlari ke luar rumah dengan hanya memakai tuala dan tangan berdarah.

“Ayah suspek cuba mengejar mangsa yang melarikan diri ke arah kiri jalan raya manakala adiknya pula berlari ke arah dapur dan melihat ibunya terbaring tidak sedarkan diri.

“Khuatir dengan keadaan tersebut, ayah suspek terus menghubungi polis kerana melihat keadaan anaknya seperti tidak waras,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, jelas Kamalariffin, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa meninggal dunia di tempat kejadian berikutan mengalami kece­deraan di kepala dan dada.

“Semasa kejadian pula, hanya mangsa, suspek dan lima kanak-kanak asuhan berusia lingkungan dua hingga empat tahun berada di rumah, namun tiada sebarang kecederaan pada kanak-kanak terbabit.


“Pihak polis juga turut menemukan pisau yang masih terdapat kesan darah berdekatan mangsa,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan motif pembunuhan tersebut serta mayat mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel