Diserang Histeria

Maklumat Semasa - Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Afzan di sini, hari ini, gempar selepas 23 pelajar sekolah itu diserang histeria.
Kejadian jam 10.30 pagi itu dikatakan bermula apabila seorang pelajar Tingkatan Dua diserang histeria sebelum keadaan bertukar lebih kecoh apabila merebak kepada pelajar lain sehingga mengganggu sesi pembelajaran.

Difahamkan, sesi persekolahan terpaksa ditamatkan lebih awal berikutan serangan histeria berlangsung selama kira-kira dua jam.
Pegawai Pendidikan Daerah, Mohd Razali Mustafar, berkata pihaknya terpaksa menamatkan sesi persekolahan lebih awal dan memberi cuti selama dua hari hingga Jumaat ini.
Mati Lepas Jumpa Bomoh Kerana Tak Tahan Diganggu......!!!
“Tujuan kita beri cuti adalah untuk mengelak kejadian (histeria) ini merebak dan membabitkan lebih ramai mangsa, selain membolehkan siasatan dilakukan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Sementara itu, tinjauan di sekitar perkarangan SMK Tengku Ampuan Afzan kira-kira jam 4 petang hari ini, mendapati sekolah sudah dikosongkan selepas sesi pembelajaran ditamatkan lebih awal.
Seorang kakitangan sekolah yang enggan dikenali memberitahu, punca serangan histeria itu masih disiasat dan kejadian sudah dimaklumkan kepada Pejabat Pendidikan negeri.
Katanya, kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku membabitkan sekolah berkenaan dan kejadian pagi tadi tidak membabitkan sebarang kecederaan kepada pelajar.