Kanak-kanak maut terjatuh tingkat lima

Maklumat Semasa - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari balkoni belakang kediamannya di tingkat lima kuarters Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang di sini petang tadi.
Dalam kejadian pukul 7.15 petang itu, Mohd Badrul Amin Abdul Rahman disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam akibat parah di bahagian kepala.
Difahamkan, mangsa sebelum itu duduk di bahagian balkoni belakang belakang bagi mengambil pakaian di ampaian.
Ya Tuhan,Tangan Kanan Bayi 3 Bulan sampai patah dibuatnya!
Bagaimanapun, ampaian tersebut putus mengakibatkan mangsa jatuh ke bawah.
"Bagaimanapun, doktor yang merawat mangsa mengesahkan mangsa tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.