Datuk Aliff Dituduh Tak Sayang Anak
Maklumat Semasa - Lepas dah create kontroversi dengan MV lirik Bobo Di Mana yang dikatakan penuh dengan aksi lucah, sekali lagi Datuk Aliff Syukri berada di bawah spotlight disebabkan kapsyen kat akaun Instagram dia.
Disebabkan kapsyen terbarunya, ramai yang menuduh Aliff tak sayangkan anak-anak.
Posting ni buat ramai netizen rasa kesal dan bengang dengan kenyataan tu sebab Aliff ibarat membanding-bandingkan anak-anaknya tu.
Luahan Dato Aliff Syukri Depan Fizo Dan Ini Jawapan
Semua pun tau kan Aliff dan isterinya, Datin Shahida mempunyai empat anak kandung dan dua orang anak angkat.
Rata-rata jugak rasa risau kalau anak mereka baca kapsyen ni in the future. Sebab mesej ni boleh buat anak-anak kecil hati. Hmm…
Diperdaya Datuk, Ahli perniagaan rugi RM490,000
Selain itu, ada jugak yang ketengahkan bahawa anak-anak jutawan kosmetik tu masih lagi kecil dan tak tahu apa-apa untuk dinilai macam tu. Bukan itu je, ramai juga bagi nasihat supaya Aliff tak membezakan antara anak kandung dan anak angkat.
Tak dapat dinafikan kadang-kadang mak ayah kita ni tak sedar dan tak sengaja membandingkan anak-anak dorang. Selain tu, anak ni pulak lain-lain. Ada yang lebih rapat dengan mak dan ada pulak yang rapat dengan ayah.
Mungkin bukan niat Aliff nak maksudkan macam tu. Tapi harapnya Datuk Aliff akan terima segala teguran dan nasihat orang ramai…