Luahan Dato Aliff Syukri Depan Fizo Dan Ini Jawapan

Maklumat Semasa -  Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri akui masih terkejut dengan berita perpisahan pelakon Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri yang memaparkan video perbualannya bersama Fizo di akaun Instagram miliknya.

Dalam video tersebut, Aliff meluahkan rasa sedih dan bertanyakan Fizo mengenai punca kekuatannya menghadapi perkara itu.

Permohonan keluarga Altantuya guna penghakiman Mahkamah Persekutuan ditolak

“Fizo, sebenarnya apabila saya dengar berita awak, saya rasa luluh, saya ni kahwin juga, saya ada anak, apa punca kekuatan awak?” tanya Aliff.

Dalam reaksi tenang, Fizo menjawab pertanyaan itu.

“Saya percaya tak berlakunya sesuatu perkara tanpa izin Allah, saya dah ihtiar macam-macam dan dah fikir yang terbaik, kalau orang kata kasihan dekat anak saya, saya lagi lah rasa perasaan tu seribu kali ganda dari orang yang melihat,” jawabnya.

Sementara itu, Aliff menulis kapsyen berbunyi :

“Saya masih tak boleh terima berita ini,dia seorang sahabat yang baik dan abang yang baik kepada family..Harap ada keajaiban akan berlaku semoga ada penyatuan semula jodoh yang baik untuk pasangan ini, amin”

Tukang Masak Istana Dedah Masakan Kegemaran Tuanku Abdullah Dan Tuanku Hajah Azizah

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan turut berharap agar Fizo dan Mawar bersatu kembali.

Terdahulu, Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Namun rumah tangga mereka menemui titik noktah apabila Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

sumber : gempak

Belum ada Komentar untuk "Luahan Dato Aliff Syukri Depan Fizo Dan Ini Jawapan"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel