Bayi 4 bulan kritikal akibat...?...


Maklumat Semasa - Seorang bayi lelaki berusia empat bulan kritikal dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) akibat pendarahan dalam otak dan mata selepas tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di sini, Isnin lalu.

Ibunya, Zura Emilia Mokhtar, 26, ketika dihubungi berkata, Muhammad Ummar Zayyan Muhammad Haikal Hafiz, mula dihantar ke rumah pengasuh yang dikenali melalui laman Facebook itu kira-kira seminggu sebelum kejadian berlaku.

“Isnin lalu, saya menerima panggilan daripada pengasuh memberitahu anak saya tidak sedarkan diri. Saya dan suami segera mengambil anak kami dan menghantarnya ke HTJS untuk rawatan dengan segera.

“Keesokan harinya, anak kami dipindahkan ke Unit Jagaan Rapi Kanak-Kanak (PICU) apabila keadaannya tidak bertambah baik.

“Doktor memberitahu, dia mengalami pendarahan dalam otak serta mata dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan,” katanya.

Jeritan Dua Anak Hangus Terbakar

Kejadian itu menjadi viral di laman Facebook hari ini, apabila seorang lelaki mendakwa doktor turut menemui kesan lebam pada perut serta paha bayi berkenaan dan banyak pihak menyalahkan pengasuh terbabit yang disyaki menderanya.

Ditanya mengenai perkara itu, Zura Emilia berkata, dia tidak mengetahui kejadian itu menjadi viral dan enggan menyalahkan sesiapa buat masa ini.

“Masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dan sudah membuat laporan polis pada Isnin lalu. Biar polis jalankan siasatan terlebih dulu,” katanya ringkas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, belum memberi sebarang maklum balas mengenai kejadian berkenaan.

Artikel Terkait

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel