Hilang dua anak sekelip mata

Maklumat Semasa - Dua beradik tercampak keluar dari kereta Proton Saga dipandu bapa mereka sebelum disahkan maut dalam kejadian kemalangan di Jalan Beserah, di sini pada Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Nur Nailah Al Farafisha Mohd. Helmiardi, 2 tahun 11 bulan dan adiknya, Nur Afrina Safiya, 11 bulan, disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini awal pagi kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian berlaku gara-gara bapa kanak-kanak berkenaan, Mohd. Helmiardi Nosaha, 29, gagal mengawal kenderaan yang dipandu laju ketika melalui jalan berlopak dan basah akibat hujan.
Astaga!!! Ibu tiri paksa anak minum air panas
Kenangan menunjukkan Nur Nailah dipangku bapanya, Mohd. Helmiardi (kiri) manakala Nur Afrina dalam pangkuan Nur Yumni.
Katanya, kejadian itu menyebabkan Proton Saga yang turut dinaiki isterinya, Nor Yumni Yahya, 24, terbabas sebelum merempuh tiang lampu.
“Dua beradik itu tercampak keluar daripada kenderaan dan dilaporkan mengalami pendarahan dalaman di kepala dan dada.
“Mohd. Helmiardi yang memandu kereta itu pula cedera pada bahagian dada manakala Nor Yumni patah kedua-dua belah kaki,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sumber : kosmo.com.my