Kejang Muka Sebab Ketagih Main Game Setiap Hari
Maklumat Semasa - Siapa yang suka main game, make sure baca ni ye. Kang tak pasal-pasal jadi macam ni jugak!
Menurut WORLD OF BUZZ, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Filipina mengalami serangan sawan atau kejang pada bahagian muka selepas dipercayai terlalu banyak main video game.
Difahamkan, John Nathan Lising yang dah biasa main video games selama hampir sembilan jam setiap hari tiba-tiba mengalami pergerakan muka tidak terkawal pada 23 Julai yang lalu. Matanya dilaporkan berkelip secara berterusan dan bibirnya bergetar tanpa henti.
Kedua ibu bapanya yang berusia awal 40-an terus membawa anak mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Namun begitu, melalui keputusan imbasan CT, doktor mendapati tiada masalah dengan otak John. Pelik!
Sengsara disengat lebih 100 tebuan
Walaupun laporan perubatan tidak dapat membuktikan serangan sawan itu berpunca dari kekerapan bermain permainan video, namun, doktor menasihatkan supaya ibu bapanya menghalang John daripada menggunakan smartphone atau pun tablet.
Difahamkan, doktor kemudian mendapati simptom yang dialami John adalah hampir sama dengan penyakit Focal Seizure, sejenis penyakit yang hanya menjejaskan separuh bahagian otak.
Walau bagaimanapun, bapanya, Edgar sure anaknya jadi macam tu disebabkan dah ketagihan bermain permainan video. Katanya,
“Anak saya sentiasa sihat. Dia tidak pernah ada masalah sebelum ni. Sawan tu bermula pada 23 dan 24 Julai 2018 dan tak nak berhenti. Saya pasti yang penggunaan gajet berlebihan penyebab masalah ni.”
Seminggu selepas itu, walaupun John telah berhenti bermain permainan video, dia masih mengalami kekejangan pada muka setiap 20 atau 30 minit. Mereka turut mendapatkan second opinion tetapi ia juga menunjukkan yang otak John sihat.
“Kami tak tahu nak buat apa dah. Semua permainan video yang dia main adalah untuk kanak-kanak dan berwarna-warni serta tak ganas.”
John kini dihalang daripada bermain apa-apa permainan video dan tidak dibenarkan menggunakan smartphone!
Takutnya keadaan anaknya tu. Hati-hatilah ye. Walaupun tak dapat dipastikan sama ada adakah itu sebabnya, tapi lebih baiklah kita berjaga-jaga sebelum terjadi.