Rakam Bawah Skirt Wanita, Pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri Dipecat!
Maklumat Semasa - Pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman dipecat serta merta selepas kantoi merakam video dari bawah skirt seorang wanita.
Azis dalam satu kenyataan hari ini berkata perbuatan pegawainya itu terkutuk dan keji serta menjejaskan kredibiliti beliau sebagai ahli Kabinet.
“Saya memandang serius tindakan individu tersebut yang membuat rakaman sedemikian secara sembunyi dan senyap-senyap tanpa saya sedari ketika pemeriksaan mata tersebut dijalankan.
Jadi Viral Video Terbaru Aliff Syukri
“Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut yang menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, seorang staf wanita kedai cermin mata di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur membuat laporan polis selepas menyedari kejadian itu ketika sedang membuat pemeriksaan mata ke atas Azis.
Sebuah klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 8 September 2018 tersebar menunjukkan seorang wanita sedang memeriksa mata Azis dengan seorang lelaki lain duduk di belakang wanita tersebut.
Lelaki itu dilihat menggunakan telefon bimbitnya seakan membuat rakaman dari bawah skirt wanita berkenaan.
Dalam pada itu, Aziz yang juga Ahli Parlimen Sepanggar memohon maaf atas tindakan pegawainya itu.
“Saya mengambil maklum berhubung salinan laporan polis dan rakaman video CCTV yang tular dalam media sosial melibatkan tindakan dan perilaku seorang individu yang bersama saya semasa pemeriksaan mata dijalankan.
“Saya memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang sedang bertugas dengan saya,” katanya.
Jangan Lupa Berkongsi....