Seorang Lelaki Masuk Masjid Pecahkan Jam Solat dan Koyak Al-Quran Masuk Dalam Tandas


Maklumat Semasa - Mencemar kesucian mana-mana rumah ibadat adalah satu perkara yang biadap dan tak patut siapa-siapa lakukan.

Baru-baru ni, seorang lelaki yang tak tahu apa motif atau sebab tetiba memasuki Masjid Al Ihsan, Lubang Karek di Pokok Sena dan merosakkan fasiliti dan mengoyak al-Quran yang ada di dalamnya.

Tak tahu apa motif rosakkan jam dan koyak Al-Quran

Menurut Harian Metro, perkara ni disedari tok siak masjid tersebut apabila dia menyedari bunyi air mengalir kuat dari tandas lelaki di masjid tersebut pada jam 6.45 petang Selasa lepas (16 Oktober).

Kritik azan 'menyakitkan telinga', wanita ini terima hukuman....

Setelah diperiksa, Kamal mendapati paip air telah dicabut dan beberapa helai al-Quran pulak dilihat berselerak atas lantai tandas termasuk dalam lubang tandas. Allahuakhbar! Kenapa sampai macam tu!


“Saya tak tahu apa motif lelaki itu masuk ke masjid semalam sebelum merosakkan jam dinding serta mengoyak al-Quran sebelum mencampak ke dalam tandas,” kata siak masjid itu, Kamal Shukri.

CCTV rakam lelaki baling papan rehal ke arah jam digital

Curiga dengan apa yang berlaku, Kamal kemudian periksa sekeliling masjid dan dapati cermin dinding pecah. Dia jugak syak yang ada orang telah pecah masuk ke sini tanpa diketahui apa motifnya.

Akibat Suami, Ustazah Tegar Bunuh Diri

“Pelik dengan kejadian itu, saya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mendapati kelihatan seorang lelaki berusia 30-an masuk ke dalam masjid dan membaling papan rehal kayu ke arah jam digital dinding hingga terjatuh dan pecah.

“Lelaki yang bersendirian itu dipercayai orang luar kerana dia tidak dikenali. Saya kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada jemaah masjid,” cerita Kamal.


Nak pasang 5 CCTV lagi di masjid 

Menurut Kamal, sebelum ni ada jugak berlaku kes selipar dan tabung masjid hilang tetapi ia hanya babitkan jumlah yang kecil.

“Atas faktor itu, kami memasang lima CCTV di masjid ini untuk memudahkan mengesan pencuri dan sesiapa yang masuk ke sini untuk melakukan benda tidak baik,” katanya.


Dalam pada tu, pihak masjid tersebut sudahpun buat laporan polis di Balai Polis Pokok Sena. Pihak polis kini sedang buat siasatan lanjut bagi mengesan lelaki terbabit.


Haih macam-macam orang sekarang ni…

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel