Gempar! Gajah rempuh penonton ketika aksi sarkas

Maklumat Semasa - Seekor gajah merempuh kawasan tempat duduk penonton sebelum rebah ketika beraksi dalam pertunjukan sarkas di Jerman.
Menerusi rakaman video, gajah yang ditunggang seorang ahli sarkas wanita dilihat melanggar seekor lagi gajah sebelum berguling di kawasan penonton.
Video berkenaan mengundang kemarahan aktivis hak asasi haiwan yang memaksa sekatan dilakukan ke atas aktiviti berkenaan.
"Ia berlaku kerana haiwan liar dari habitat berbeza telah dipisahkan dari keluarga mereka dan dipaksa membuat persembahan.
Sang bulus dua hidung catat hampir 12,000 pengikut IG
"Mereka sering ditakutkan dengan satu objek tajam untuk memaksa mereka mendengar arahan sewaktu persembahan," ujar ahli kempen Persatuan Hak Asasi Haiwan (Peta).
Insiden itu berlaku di Circus Krone, Osnabruck.
Ia merupakan pertunjukan sarkas terbesar di Jerman yang sering menggunakan haiwan liar dalam pertunjukan mereka.
Ketika kejadian, seorang penonton mengalami kecederaan apabila haiwan itu terjatuh ke atasnya.
Gajah itu dikatakan mengalami bengkak pada bahagian kaki akibat insiden itu.
Walaupun dihentikan seketika, pihak sarkas tetap meneruskan persembahan mereka selepas itu.