Siti Nur terkorban di Lombok ketika misi mendaki Gunung Rinjani


Maklumat Semasa - Rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Nusa Tenggara Barat hari ini dilaporkan dalam misi pendakian ke gunung berapi Rinjani di Lombok Timur.

Mangsa yang setakat ini hanya dikenali sebagai Siti Nur Ismawida, 30, menyertai  17 warga Malaysia lain dalam program untuk mendaki gunung itu.

Warga korban gempa mendapatkan perawatan di luar Puskesmas Sembalun Selong, Lombok Timur, NTB, Ahad, 29 Juli 2018.  ANTARA

Menurut Ketua Polis Lombok Timur, M.Eka Fahurrahman, mangsa terkorban akibat ditimpa runtuhan tembok bangunan.

"Sebanyak 18 warga Malaysia dalam misi mendaki Gunung Rinjani, enam cedera manakala yang lain selamat," katanya.

Maklumat lengkap berhubung mangsa dan kumpulan pendaki dari Malaysia itu belum diperoleh sepenuhnya.

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia juga masih berusaha mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

Jangkitan HFMD di Selangor di tahap berjaga-jaga

Gunung berapi Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat adalah destinasi popular pelancong dan pendaki.

Gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia itu dengan ketinggian 3,726 meter adalah sebahagian daripada Taman Nasional Gunung Rinjani seluas  41,330 hektar yang popular dengan keindahan semulajadinya.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok jam 5.47 pagi tadi menyebabkan penduduk kawasan itu bertempiaran meninggal kediaman dan bangunan.

Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa tersebut terjadi pada 5.47 pagi dan berpusat 28 km barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10 km.

Menurut BMKG, berlaku 31 gegaran susulan di bawah 5 skala Richter selepas gempa pertama itu sehingga jam 7.39 pagi tadi

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel