Penduduk Kampung Mengamuk, Serbu Dan Bunuh Beratus-ratus Buaya
Maklumat Semasa - Akibat kematian seorang lelaki yang disebabkan oleh seekor buaya,penduduk kampung di Sorong, Papua Barat Indonesia, menjadi marah dan menyerang sangkar buaya milik Alberth Siahaan hingga menyebabkan kira-kira 292 ekor buaya terbunuh.
Insiden yang berlaku pada petang Sabtu menyaksikan penduduk kampung itu beramai-ramai membunuh buaya yang terdapat di dalam sangkar tersebut termasuk anak buaya.
Terdahulu, Mangsa, Sugito, yang berasal dari Jawa maut digigit buaya ketika mencari rumput untuk haiwan ternakannya.
Dia tidak sedar kegiatannya itu sedang diawasi oleh sepasang mata binatang buas yang mempunyai ukuran lebih besar darinya.
Mangsa dipercayai sempat berteriak sambil bergelut mendapatkan bantuan tetapi gagal.
Apabila penduduk kampung tiba di tempat kejadian, Sugito berada dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan gigitan di bahagian tangan, kaki, leher dan kepala.
Siti Nur terkorban di Lombok ketika misi mendaki Gunung Rinjani
Tindakan ratusan penduduk kampung yang mengamuk membunuh buaya-buaya peliharaan tersebut tidak dapat dikawal oleh pihak polis yang berada di tempat kejadian.
Pemilik sangkar, Alberth Siahaan dipercayai telah melarikan diri sebaik sahaja penduduk-penduduk kampung itu tiba di situ.
Menurut laporan yang dipetik daripada CNN Indonesia TV, jumlah buaya yang mati adalah sebanyak 292 ekor dan tindakan susulan berhubung kes ini akan diambil.
Difahamkan, selain marah kerana kematian salah seorang penduduk yang disebabkan buaya disitu, penduduk kampung juga tidak berpuas hati kerana lokasi sangkar milik Albert tersebut terletak berdekatan kawasa kampung.
Selain itu, sangkar buaya dengan ladang pertanian penduduk hanya dihadang dengan pagar zink yang dipercayai tidak kukuh dan selamat.
Menurut salah seorang penduduk kampung, Enos Barmala, tindakan penduduk kampung tersebut adalah wajar dilakukan selain berpendapat sangkar buaya tidak seharusnya dibina berdekatan kawasan perumahan yang boleh mengancam nyawa penduduk.
“Kalau boleh binatang begini dipelihara di tempat yang lebih jauhlah dari tempat orang ramai. Di sini ramai yang bertani. Sebaiknya ditempatkan di tempat yang lebih jauh,” jelasnya.
Sumber- CNN Indonesia