Dua Guru ditahan dera kanak-kanak tadika

Maklumat Semasa - Sungguh Tindakan keterlaluan dua guru wanita di sebuah pusat perkembangan kanak-kanak di Cheng memukul dan mendera beberapa kanak-kanak yang rakamannya tular dalam laman sosial.
Kejadian dipercayai berlaku pada 30 Julai lalu dan polis menahan kedua-dua guru wanita terbabit yang berusia 21 dan 40 tahun kelmarin selepas pengurusnya membuat laporan kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat pengurus pusat perkembangan kanak-kanak.
“Polis menahan kedua-dua guru wanita berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Bayi maut di TASKA bukan sebab tersedak susu, tapi....
“polis telah mengambil keterangan daripada kedua-dua wanita berkenaan dan kita akan melengkapkan siasatan sebelum tindakan selanjutnya,” katanya.
Seorang ibu kepada kanak-kanak yang terlibat tidak menyangka melibatkan anak perempuan sulungnya berusia tiga tahun.
“Saya tidak sangka mereka sanggup lakukan anak saya sedemikian, sedangkan di depan saya, mereka baik,”
Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Ginie Lim Siew Lin dalam satu kenyataan memaklumkan, dua guru wanita terbabit diberhentikan kerja.
Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan menarik balik permit mengajar bagi dua guru terlibat kejadian penderaan murid di tadika swasta Melaka.
Kementerian memberitahu, langkah penarikan permit itu adalah memastikan mereka tidak lagi mempunyai sebarang interaksi dengan murid dan bertugas di tadika.
“Pihak pengusaha turut diberi amaran keras berkaitan dalam pengoperasian mengendalikan pendidikan kepada kanak-kanak dalam kohort umur lebih empat dan lebih lima tahun.
“Kementerian mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk memantau pengurusan dan pengoperasian tadika semasa sesi pembelajaran berlangsung,”
Ya Tuhan,Tangan Kanan Bayi 3 Bulan sampai patah dibuatnya!
Kejadian tersebut jelas kenyataan berkenaan, telah berlaku di Tadika Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) Seri Bijak Bestari 3, Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, Melaka melibatkan dua orang guru yang didakwa bertindak kasar ke atas empat orang murid.
Tadika tersebut merupakan tadika swasta yang berdaftar dengan kementerian, Katanya.
Pada 11 Ogos lalu kes berkenaan telah dilaporkan kepada pihak polis dan kementerian menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan lanjut ke atas guru-guru terbabit.
“Kementerian amat memandang serius terhadap kejadian penderaan terbabit,” Katanya.