Nenek ‘Bertukar’ Jadi Awek


Maklumat Semasa - Sejauh mana yang korang sanggup buat untuk elak bayar hutang? Kesanggupan korang confirm tak boleh lawan nenek ni.

Nenek yang berusia 60 tahun ni sanggup melalui beberapa kali pembedahan plastik just sebab dia nak nampak muda dan tak payah bayar hutang! Kejadian ni terjadi kat Wuhan, China.

Menurut WORLD OF BUZZ, nenek bernama Choo ni ialah seorang owner kilang membuat pakaian. Tapi disebabkan masalah aliran wang, dia meminjam wang daripada salah satu kilang lain dan kini menanggung hutang sebanyak 30,000,000 Yuan (lebih kurang RM17,810,000).


Kes nenek ni terus dibawa ke mahkamah sebab dia tak mampu bayar hutang yang besar tu. Lepas je dia disabit kesalahan dan diarahkan membayar kesemua hutang tu, terus dia lesap dalam satu malam.

Tak ada sorang pun yang tahu kemana dia menghilang. Pencarian nenek ni berakhir pada Julai 2017 bila ada orang bagi maklumat kepada polis yang sebenarnya Choo sedang bersembunyi kat Shenzhen, 900km jauh dari kampung halamannya. Jauhnya dia lari!

Lelaki Rogol Adik Ipar Ketika Isteri Sedang Tidur Lena Di Bilik Yang Sama

Choo tak berdiam diri je sebab dia menganjurkan banyak meeting untuk kaut lebih banyak wang. Korang jangan terperanjat sebab dia semakin kaya sampai boleh join kelab layar yang memerlukan ahli dia bayar yuran pendaftaran sebanyak 200,000 Yuan (lebih kurang RM118,000)!

Nenek ni tak malu langsung sebab dia rajin upload gambar percutian dia kat WeChat dan turut beli beberapa kereta mewah di bawah nama adiknya. Betul tak malu ni...

Pada 11 Julai, polis Wuhan dan Shenzhen bekerjasama bagi menangkap nenek licik ni. Walaupun dia beria-ia mengatakan dia hanyalah seorang wanita penganggur yang hanya mendapat beberapa ribu Yuan setiap bulan. Pandai berlakon dia ni!

Tipu helah Choo tak dapat nak bodohkan polis sebab dorang berjaya jumpa bukti yang dia membelanjakan hampir 388,000,000 Yuan (lebih kurang RM230,842,000) pada tahun 2016 sahaja! Penganggur mana je yang belanja macam tu…

Choo akhirnya dihadapkan ke mahkamah sekali lagi kerana tak nak langsaikan hutang tu dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan. Dia cuba merayu untuk hukuman yang lebih ringan tapi akhirnya give up sebab tahu dia tak akan menang.

Kalau dah hutang tu bayar lah !


Sumber : lobakmerah.com

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel