Seram..!!!Allah Beri Peringatan Dengan Guruh


Maklumat Semasa - Siapa ada dengar bunyi guruh yang menyeramkan semalam? Malam tadi kecoh di media sosial rata-rata netizen mengaku mendengar bunyi guruh yang sangat panjang kat area Cyberjaya hingga ke Puchong.

Menurut posting yang dikongsikan Viral Media Johor, bunyi guruh yang berlaku sekitar jam 7.51 malam tu sangat panjang dan kuat sehingga penggera kereta berbunyi. Serius la!

'Tali Kafan Terbuka, Semua Jiran Terkejut, Muka Biru Bai’ – Kisah Gadis Ini Lagi Seram Dari Pengabdi Setan!

Nak kata benda ni main-main tak jugak sebab rata-rata netizen beri komen yang sama sampai ada cakap dengar bunyi guruh panjang ni hingga ke kawasan Banting, Putra Heights dan Gelang Patah, Johor Bahru! Scaryyy…


Fenomena alam yang luar biasa ni disusuli dengan perkongsian gambar dan video Menara Berkembar KLCC seperti dipanah petir kuat. Ada jugak yang kongsikan gambar langit gelap di Kelantan serta cahaya matahari yang extra terang di Putrajaya. Pantas netizen rakam!


Perkongsian ni telah mendapat perhatian PU Amin yang perasan dengan kejadian yang berlaku. Katanya, bunyi guruh tu macam bunyi kereta api melintas sesuatu kawasan. Namun PU Amin jugak melihat kejadian alam ni seperti satu teguran Allah SWT kepada umat manusia supaya jangan leka dan buat benda yang bukan-bukan.


Bukan saja PU Amin yang bagi nasihat, netizen lain jugak saling nasihat menasihati antara satu sama lain tentang perkara ni. Ada yang cakap kiamat makin dekat. Ni lah antara tanda-tandanya. Uhuhu meremang jap bulu roma admin!


Papepun diharapkan mereka yang di luar sana berhati-hatilah dengan keadaan cuaca yang tak menentu ni. Mungkin betul jugak guruh dan panahan petir tu amaran Tuhan kepada kita supaya jangan terus leka dengan hal dunia semata-mata.



Sumber : Lobak Merah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel