Netizen Kecam Neelofa


Maklumat Semasa - Phew! Boleh dikatakan hampir setiap bulan ada saja kontroversi yang menimpa usahawan dan juga selebriti, Neelofa oleh kerana tindakannya yang boleh dikatakan kurang bijak. Kalau dulu kecoh isu Zouk dan promosi produk supplement untuk bayi, kali Neelofa dikatakan buat hal lagi sebab promosi produk fake!

Baru-baru ni pemilik kepada jenama tudung Naelofar ni dikatakan dah memuat naik iklan yang memaparkan dirinya serta produk supplement peninggi badan semalam (24 April) di Instagram. Sejurus je iklan ni viral di media sosial, Neelofa terus terima kecaman bertubi-tubi dari netizen yang adore pelakon terkenal ni!

Azizah Mazhan dikecam


Neelofa jatuh standard?

Antara komen pedas yang diterima ialah Neelofa dikatakan makin jatuh standard sebab pilih produk yang entah apa-apa untuk direview padahal dia tak perlu pun buat ulasan produk kerana dia sudah ada ‘segala-galanya’. Ulasan macam ni jugak menurut netizen agak bahaya sebab Neelofa seorang yang terkenal dan ramai orang akan mempercayai keberkesanan supplement fake tu!


Doktor pakar tegur Neelofa 

Isu promosi supplement peninggi badan ni akhirnya dapat perhatian dua orang doktor yang memang terkenal kat Twitter. Mereka ialah Dr Amalina Bakri dan Dr Beni Rusani.

Menurut tweet Dr Amalina, sebagai seorang doktor, dia menasihatkan supaya selebriti di Malaysia ni lebih berhati-hatilah dalam promosi apa-apa produk kat media sosial. Kalau tak sure akan kesannya, baik rujuk doktor dulu. Lagipun ramai yang jadikan selebriti sebagai ikutan dan idola dorang.

Bayi 4 bulan kritikal akibat...?...

Manakala Dr Beni Rusani menerusi Twitter jugak mengatakan memang tak wujud jenis pil atau supplement yang boleh meninggi badan. Kecualilah kalau korang pakai heels. Hiks hiks!

Terang Dr Beni, tumbesaran manusia hanyalah dari usia 18 hingga 20 tahun. Ketinggian tak turun naik macam berat badan dan kebanyakan manusia akan jadi lebih pendek kerana proses penuaan.

Macam mana pun, lepas posting yang dimuat naik Neelofa ni viral dan jadi bahan kecaman orang ramai, pelakon yang pernah terkenal dengan drama Suri Hati Mr Pilot ni terus delete posting Instagram tersebut.

Sebagai seorang artis yang menjadi idola ramai, admin harap Neelofa siasat dulu betul-betul produk apa yang sesuai untuk dipromosi. Takut-takut hal ni berulang lagi dan kredibiliti dia sebagai seorang yang disegani jatuh macam tu je.

Sian pulak kat Lofa. Apa saja dia buat mesti kena kecam. Harap lebih careful lagi ye, Lofa!

Dan korang, hanya kerana produk tu dipromosi artis atau selebriti tak bermaksud it’s real ya! Hati-hati sebelum membeli produk macam ni!






Sumber : lobakmerah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel