Subhanallah...Sungguh Mengagumkan Bayi Baru Berusia 2 Tahun Sudah Lancar Mengaji Al Quran


Maklumat Semasa - Baru-baru ini tular kisah bayi yang baru berusia 2 tahun tapi sudah pandai mengaji Al Qur’an. Ini adalah sesuatu yang sangat indah sekali bagi seorang yang bergelar ibu. Dikatakan ibu bapa bayi itu sudah mula mendidik anak membaca Al Qur’an sejak mereka masih bayi lagi.

Jika diperhatikan tak kebanyakan bayi bila sampai 2 tahun masih dengan mainan lagi, dan itu sebenarnya normal. Ibu bapa tidak bagi mereka belajar apa-apa lagi sebab mereka ingat bayi yang masih 2 tahun jer tidak tahu apa-apa lagi. Tapi tau tak kalau bagi bayi sesuaikan diri Al Qur’an, nanti mereka besar nanti akan lebih faham lagi.. mereka akan lebih sesuai dengan syariat islam.

Apabila tengok bayi 2 tahun tu cuba baca Al Qur’an, rasa sangat comel kan? Allah cipta manusia memang akan beri bakat yang istimewa kepada mereka. Sama ada kita dapat perhatikan dengan betul-betul atau tidak.

Berdasarkan kajian saintis, bayi yang masih kecil sangat sesuai untuk mendidik dan masa inilah sebagai asas untuk menentukan tabiat seseorang bila mereka besar nanti. Kalau ibu bapa dapat mendidik anak mereka sejak kecil lagi, dan betul kan tabiat-tabiat yang tidak baik, mereka akan ingat betul-betul dan tidak akan buat tabiat-tabiat yang tidak baik tu bila dewasa nanti.

Jeritan Dua Anak Hangus Terbakar

Baru berusia dua tahun dah boleh hafal 42 surah! Inilah istimewanya si kecil Ahmad Ziyyad Mohd Zahir yang kini berusia 2 tahun 8 bulan. Ketika temubual eksklusif bersama ibunya, Nurul Shahida Lukman, Ziyyad sama je seperti kanak-kanak lain. Cuma mungkin pendekatan yang saya dan suami, Mohd Zahir Mohamad Noor Sabri gunakan menjadikannya ‘istimewa’.

“ Saya sama seperti ibu lain, turut mempunyai impian untuk lihat anak berjaya di dunia dan akhirat. Jadi sejak Ziyyad dalam kandungan lagi saya dah mula memperdengarkan bacaan al-Quran sehinggalah dia lahir.

“ Apa yang membezakan, sejak hari pertama Ziyyad lahir saya dah bagi dia dengar ayat-ayat suci al-Quran. Semakin dia membesar dan asyik bermain pun saya pasang juga audio bacaan al-Quran.

“ Selain itu saya memperhatikan sambil bermain, dia akan ikut membaca. Bagi memberi keseronokan padanya, saya dan suami pun turut sama membaca dengan kuat. Ziyyad seolah-olah seronok (macam menyanyi beramai-ramai) tapi versi mengaji. Itulah hiburannya setiap hari” katanya.

Namun jika diikutkan jiwa anak sama je sejak lahir dan memori anak kecil sebenarnya sangat luar biasa. Apa yang dia dengar dia akan cepat ingat. Jadi kita sebagai ibu bapa yang perlu mendorong setiap kebaikan pada anak.

Sama seperti di rumah atau dalam kereta hiburannya adalah bacaan al-Quran. Tiada lagu lain yang diperdengarkan.

Sewaktu Ziyyad umur dua tahun, dia sudah boleh menghafal surah dalam Juzuk ‘Amma dengan lancar. Pendekatan yang saya gunakan pada permulaannya adalah dengan memasang cd bacaan al-Quran dalam kereta.

Jika Anak Ada 6 Tanda Ini Selepas Dari Taska, Kemungkinan Anak Anda Didera

Sebab tak mahu dia cepat bosan saya memilih cd bacaan qari kanak-kanak dan pendekatan ini memang berkesan untuknya. Bila di rumah pula Ziyyad suka bacaan Muzamil Hasballah dan Mishary Rashid. Bagi surah-surah panjang saya pasang masa dia nak tidur. Ini tip saya untuk bagi dia cepat tidur.

Pada waktu ini sambil peluk dia saya akan baca ikut bacaan tersebut dan Ziyyad pun akan ikut baca bersama sampailah dia terlelap dengan sendiri.

Penting untuk kaum ibu tahu, surah-surah panjang ini sebenarnya saya mulakan dengan surah pilihan dulu. Antaranya Al-Mulk, Nuh, Sajadah, Yasin, Al-Fatihah, Ar Rahman, Al Waqiah, Al Insan, Ju’Muah dan Munafiqun. Terbaru surah yang Ziyyad minat dan hafal adalah Al-Insan.

Penting jaga pemakanan anak

Tambah Shahida, ramai ibu-ibu yang bertanyakan tip sehingga anaknya boleh menghafal dan membaca al-Quran. Apa yang boleh dinyatakan memang tiada makanan khas untuk Ziyyad.

“ Saya cuma sangat menitikberatkan pengambilan makanan untuknya. Makanan yang tidak berkhasiat dan makanan yang ada kandungan gula dan garam akan dielakkan sebelum umur dua tahun.

“ Malah makanan ringan pun saya tak bagi padanya takut melemahkan perkembangan otak. Paling saya bersyukur, Ziyyad juga menyusu badan sepenuhnya selama 2 tahun 7 bulan,” jelasnya.

Apa yang menarik tentang si kecil ini, selain menguasai bacaan al-Quran, kecerdikannya terserlah apabila dia mampu menulis dan memahami setiap apa yang diajar dengan baik. Kata ibunya, semua benda akan diajarkan pada Ziyyad melalui persekitarannya.

Bermaksud dari bayi lagi setiap apa yang dia lihat saya tolong sebutkan untuknya. Contoh tengok kucing saya akan beritahu itu kucing atau ‘cat’. Sambil itu saya akan perincikan lagi dengan beritahu pula warna kucing tu, bunyinya macam mana dan sebagainya.

Sementara dalam bab menulis pula, saya ajar dia pegang pensil atau marker whiteboard. Biar dia selesa dulu. Memang mula-mula Ziyyad akan menconteng dulu (dari situ dia kenal garisan dan titik-titik). Semua yang dia buat dalam pantauan saya sebab anak tak kan pandai kalau bukan kita yang membimbingnya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel