Syatilla Melvin Dituduh Tidak Hormat Suami Kerana Panggil 'Kau'


Maklumat Semasa - Gara-gara panggilan ‘kau’ kepada suaminya, Shaheizy Sam dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini, ada netizen yang menganggap pelakon Syatilla Melvin bersikap kasar serta biadap.

Walaubagaimanapun, Syatilla merasakan perkara itu tidak harus diperbesarkan kerana rasa hormat terhadapan pasangan bukanlah diukur dari panggilan sahaja. Tidak adil untuk melabel beliau sebagai seorang isteri yang tidak menghormati suaminya.

Datuk Aliff Dituduh Tak Sayang Anak

Kami sudah melalui susah senang bersama dalam tempoh perkenalan yang lama. Jadi, bagi saya, panggilan ‘aku’ dan ‘kau’ bukanlah sesuatu yang harus diperbesarkan. Tidak semestinya saya membahasakan aku’ dan ‘kau’, saya tidak menghormati Sam sebagai suami.

Saya tidak menganggap panggilan itu sebagai kurang ajar. Ini kerana Sam bukan saja suami, malah kawan baik saya. Biarpun panggilan itu dianggap kasar oleh sesetengah, namun sebagai isteri, saya masih tahu menjaga batas.

Sudah 10 tahun menjalinkan hubungan, pastinya Syatilla dan Sam sudah cukup memahami dan masak dengan perangai masing-masing. Mereka berdua okay sahaja, netizen pula yang terasa. Siapa tahu itu mungkin juga cara mereka sebagai pasangan suami isteri lebih mesra dan berkasih sayang.


Jom Jangan Lupa Berkongsi.... Dont Forget To Like And Share....

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel