Lelaki Mengamuk Hingga Sanggup Tetak Ibu Kandung Hingga Mati
Maklumat Semasa - Apakah yang difikirkan oleh seorang lelaki hingga sanggup melakukan tindakan kejam sebegini. Angkara kecewa dengan bekas kekasihnya yang akan berkahwin, dia dilaporkan membunuh emak dan ibu saudaranya selepas dia mengamuk di rumah keluarga wanita terbabit.
Kejadian tragis itu dipercayai berlaku di Murung Baki, RT 26, Kelurahan Ampah Kota, Kecamatan Dusun Tengah, Kabupaten Barito Timur, Kalimantan Tengah, pada Sabtu.
Kejam! Dua lelaki bunuh kucing dalam mesin dobi
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Syain Kadir atau lin yang berusia 30 tahun datang ke kediaman bekas teman wanitanya yang bertentangan dengan rumahnya malam itu dalam keadaan marah sambil membawa parang.
“Lin datang dalam keadaan marah-marah dan turut merosakkan pelamin. Tak cukup dengan itu, dia juga melibas parang terbabit kepada sesiapa yang menghampirinya,” kata saksi, Maslani.
Adik kandung suspek, Dina Mariana sempat menenangkan abangnya itu dan berjaya mengambil parang tersebut dan menyimpannya semula di dalam rumah.
Dia kemudiannya kembali ke rumah dan mengambil semula parang tersebut lalu menetak leher ibunya hingga hampir putus dan menyebabkan adiknya cedera pada bahagian dada tetapi sempat melarikan diri.
Durhaka...!!! Anak Kandung Bunuh Ibu
Masih belum berpuas hati, dia turut membunuh ibu saudaranya yang sedang berbaring di dalam kelambu.
Orang sekeliling yang gempar dengan insiden itu bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan selepas Iin enggan menyerah diri dan dia dilaporkan meninggal dunia di hospital.
Sumber : Tribunnews
Belum ada Komentar untuk "Lelaki Mengamuk Hingga Sanggup Tetak Ibu Kandung Hingga Mati"
Posting Komentar