Saya Buat Kerana Allah, Kilafairy Mohon Doa Agar Istiqamah


Mahlumat Semasa - Berkat doa keluarga dan peminat, pelakon Kilafairy akhirnya mengambil keputusan untuk istiqamah berhijab sejak empat hari lalu. Alhamdulillah...!!

Kata Kilafairy, keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan dirasakan sudah tiba masanya untuk menutup aurat lebih sempurna.

"Bagi saya bertudung itu memang wajib, tunggu masa sahaja dan bersyukur sekarang hati saya sudah terbuka.

Lepas 7 tahun menunggu…Gadis Mualaf Ini Peluk Islam

"Memang sudah lama saya nak pakai, sejak dari tahun lepas lagi. Tetapi saya perlahan-lahan memperbaiki cara pemakaian terlebih dahulu.


"Teruskan doa hari demi hari dan sekarang Alhamdulillah sampai masanya terbuka hati," katanya kepada Gempak.

Tentang proses hijrahnya, dia memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut kepada khalayak.
Tukar Cara Berdoa Dulu Barulah Hidup Jadi Lebih Baik. Adab Berdoa Yang Jarang Kita Ketahui
"Biarlah selebihnya itu hanya saya sahaja yang tahu. Saya buat kerana Allah," tambahnya.

Kilafairy bersyukur kerana urusannya turut diiringi doa kedua ibu bapanya.

"Mereka tersangatlah gembira apabila dapat tahu saya bertudung dan selama ini pun mereka tak pernah paksa saya.

"Mungkin sebab itu juga hati saya lembut," katanya lagi.



Sumber : Gempak

Belum ada Komentar untuk "Saya Buat Kerana Allah, Kilafairy Mohon Doa Agar Istiqamah"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel