Pesanan terakhir Siti Nur Ismawida


Maklumat Semasa - Ungkapan kata rindu terhadap keluarga menjadi pesanan terakhir Allahyarham Siti Nur Ismawida Ismail sebelum ditemukan maut dalam kejadian gempa bumi di Lombok Timur, Indonesia semalam.

Ibu mangsa, Mazinah Mahmud, 57, berkata, pesanan ringkas yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp itu dihantar oleh anaknya yang lebih mesra dipanggil Kak Angah dalam kumpulan keluarga­nya sehari sebelum kejadian itu berlaku.

Ujarnya, selain menghantar pesanan itu, anak kedua daripada tiga beradik tersebut turut me­ngirimkan sekeping gambarnya ketika berada di puncak Gunung Rinjani.

Siti Nur terkorban di Lombok ketika misi mendaki Gunung Rinjani

“Saya juga ada menghubungi malam sebelum kejadian, kami berbual seperti biasa. Arwah sa­ngat gembira bercerita mengenai pengalamannya di sana.

“Siti Nur Ismawida juga me­minta supaya saya menunggunya pulang ke tanah air yang dijangka tiba pada Rabu ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

WN Malaysia Tewas saat Gempa Lombok Setelah Mendaki Rinjani

Sementara itu Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan berkata, jenazah Allahyarham kini ditempatkan di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) provinsi Nusa Tenggara Barat (NTB) sementara proses untuk dibawa pulang ke Malaysia selesai.

“Ahli-ahli kumpulan lain iaitu 17 lagi ahli kumpulan dengan arwah ditempatkan di beberapa hotel di Mataram dan kedutaan berusaha untuk membolehkan mereka menaiki pesawat penerbangan pulang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Zamshari berkata, mereka yang cedera juga kini menerima rawatan susulan di RSUD Provinsi NTB di Mataram.

Menurut beliau, pihak kedutaan juga dihubungi satu lagi kumpulan pelancong dari Malaysia iaitu seramai 11 orang dan kini berada dalam keadaan selamat di Pulau Gili Trawangan, Lombok Utara.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel