Laksa Johor Spaghetti Sedap

Laksa Johor Spaghetti
facebook @Resepi Masakan


Laksa Johor Spaghetti Sedap lain kerana dibuat menggunakan spagheti sementara yang lain menggunakan tepung beras dan sebagainya. mungkin itu satu keistimewaan atau apa sahaja, tetapi untuk rasanya sangat sedap.

Mungkin salah seorang daripada anda ingin mencuba membuatnya sendiri di rumah, saya akan memberikan resipi laksa johor ni.

Bahan-bahan:

1 paket spaghetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)

**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **

  • Ikan kembong + ikan parang (jika suka) - 1 kilo
  • Udang basah 100gm
  • Isi ikan kurau - 10 gram dibakar
  • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm


**Bahan B (dimesin)**

  • Bawang besar - 3 biji
  • Cili kering - 15 tangkai
  • Halia - 2 ibu jari
  • Lengkuas - 2 ibu jari; kunyit hidup - 2 ibu jari
  • Serai - 2 batang diketuk untuk tumis
  • Asam keping - 2 keping (masuk dalam kuah)
  • Santan pekat 1 kotak / lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari
  • Bawang putih -3/4 ulas


**Bahan Hias**

  • Limau kasturi belah 2 dan buang biji
  • Timun di racik halus
  • Tauge buang ekor (segar)
  • Jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
  • Bawang besar - hiris halus
  • Lada merah/lada hijau - dihiris
  • Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
  • Kicap kipas udang / kicap manis
Sedap betul ayam kicap berempah ni, apa resepinya?

** Sambal Belacan

  • Lada merah 5/6 biji
  • Belacan melaka - 30 gram dibakar
  • Bawang Merah 1 biji kecil, garam dan sedikit Ajinomoto


Cara-cara:

Rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan.

**Penyediaan kuah**

  1. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi.
  2. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit .
  3. Masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
  4. Masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air.
  5. Masukkan asam keping.
  6. Tambah garam dan gula untuk rasa.
  7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk.


**Sambal belacan**

Mesinkan semua bahan dan Laksa Johor Spaghetti siap hidangkan.
Selamat mencuba.

Belum ada Komentar untuk "Laksa Johor Spaghetti Sedap"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel