Sedap betul ayam kicap berempah ni, apa resepinya?

Ayam Kicap Berempah

Maklumat Semasa - Adakah anda pernah mencuba memasak ayam kicap berempah? yang pasti sangat enak, kali ini kita akan mencuba memasak ayam kicap berempah.

Memang sedap sungguh bila masak resepi ayam kicap macam ni. Anak-anak duk puji mama dia pandai masak.Suka hati tengok anak ratah ayam berselera.

Bagaimana dengan ramuannya, jom untuk tahu lebih baik ramuan dan bagaimana cara untuk membuat.

Bahan-bahan ayam kicap :
  • 8-12 ketul ayam,Sedap gunakan bahagian bertulang
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
Bahan ditumbuk :
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu makan asam jawa.Ramas dan ambil airnya
  • Kicap manis ikut rasa
  • 2 sudu makan minyak
  • 1 cawan air
  • Garam, gula dan serbuk perasa
Bahan yang menyedapkan kuah :
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 4 biji lada merah/hijau yang besar
  • 10 helai daun kari
Cara masak ayam kicap :

  1. Goreng separuh masak ayam dengan garam. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Api kecil
  2. Masuk air asam jawa, air dan biarkan mendidih pecah minyak. Tambah gula garam serbuk perasa dan kicap .Sesuaikan rasa hingga sebati.
  3. Masukkan ayam dan gaul biar sebati. Tambah bawang besar, lada besar dengan daun kari. Masak hingga bawang layu.
  4. Ayam kicap sedia untuk dihidangkan semoga berjaya di rumah
Semoga berjaya di rumah


Sumber : resepi masakan

Belum ada Komentar untuk "Sedap betul ayam kicap berempah ni, apa resepinya? "

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel